Sunday 23 October 2022

Aktiviti Dekad Membaca Bertemakan Komik

 Pada 21 Oktober 2022 ,Pusat Sumber SMK Segambut dengan kerjasama Kokurikulum SMK Segambut telah melaksanakan aktiviti dekad membaca bertemakan Komik.

Aktiviti ini bertujuan :

1)Membina tahap penguasaan kosa kata,penulisan dan gaya bahasa murid dalam Bahasa Melayu dengan betul

2)Meningkatkan tahap kreativiti murid dalam penulisan dan imaginasi





Aktiviti ini melibatkan kesemua Kelab/Persatuan di SMK Segambut



Hasil daripada aktiviti ini dapat dilihat bahawa murid SMK Segambut masih banyak menggunakan Bahasa Pasar, Bahasa Loghat serta Bahasa Ringkasan dalam  sesuatu penulisan.

Walaupun begitu, ramai murid masih lagi bijak menggunakan kosa kata serta tatabahasa yang betul serta dapat mencipta kreativiti dalam menghasilkan karya komik.
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada 100 peserta yang layak menerima Sijil Penyertaan Khas bertemakan Komik❗

No comments:

Post a Comment