Tuesday 9 August 2022

SIAPAKAH JURUFOTO IKONIK MERDEKA❓



🏮Setiap kali Hari Kemerdekaan tiba, mesti gambar yang 'timeless' ni akan muncul bahkan pada kulit buku teks Sejarah Tingkatan 4 KSSM pun ada.

🏮Gambar ini asalnya dirakamkan oleh seorang  jurufoto dari Jabatan Penerangan iaitu Ng Weng Hong.

🏮Beliau lahir di Pulau Pinang pada tahun 1923.

🏮Legenda jurufoto ini telah merakamkan detik bersejarah Tunku Abdul Rahman mengangkat tangan dan melaungkan merdeka pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka.

🏮Terima kasih kepada mendiang kerana sumbangannya membawa generasi muda 'melihat'  suasana merdeka.

Nota : 

Klik pada foto untuk melihat  dengan lebih jelas

No comments:

Post a Comment