❤️Tugu Negara diilhamkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Ketika lawatannya ke Amerika Syarikat Ketika melihat Tugu Peringatan USMC
❤️Tugu Negara atau Tugu Peringatan Negara disiapkan pada 8 Februari 1966 dan menelan belanja sebanyak RM2.5 juta. Sejumlah RM1.245 juta daripada jumlah itu adalah sumbangan daripada orang ramai dan bakinya ditampung oleh kerajaan.
❤️Tugu Negara yang asal merupakan sebatang tiang konkrit yang terletak di Jalan Tugu.
❤️Tapak Tugu Peringatan Negara dibuat daripada batu yang tertanam di dalam salji sejak beribu tahun di Kutub Utara.
❤️Tugu setinggi 15 meter itu diperbuat daripada gangsa dan direka Felix de Weldon, seorang pengukir terkenal Austria.
❤️Pembinaannya sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan ketika Darurat (1948-1960).
❤️Tugu ini dibina dengan mengambil posisi model yang dilakonkan oleh askar sebenar selama setengah jam untuk sekeping gambar.
❤️Gambar itu kemudiannya dihantar kepada Felix de Weldon yang juga bertanggungjawab dalam pembinaan Tugu Peringatan Perang United States Marine Corps (USMC) di Amerika Syarikat.
❤️Wajah yang menjadi acuan kepada patung berkenaan adalah bekas Menteri Besar Kedah yang keenam, Tan Sri Osman Aroff. Beliau telah dipilih secara rawak oleh Tunku Abdul Rahman untuk menjadi model. Tan Sri Osman kemudiannya beraksi dengan memakai pakaian seragam tentera dan menggayakan aksi seolah-olah sedang berperang di studio milik Felix de Weldon.
❤️Patung di bahagian tengah yang memegang bendera Malaysia itu pula adalah wajah Tunku ketika usia muda.
❤️Proses pembinaan tugu dibuat di luar negara sebelum dihantar semula melalui kapal laut untuk didirikan di Tanah Melayu.
❤️Tugu ini juga pernah menjadi antara arca berkumpulan yang tertinggi di dunia dan mempunyai tujuh patung masing-masing melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.
❤️26 Ogos 1975, tugu ini diletupkan oleh PKM pada jam 5.00 pagi sehingga gegarannya didengari oleh Tunku Abdul Rahman yang tinggal tidak jauh dari situ.
❤️Salah satu patung gangsa seberat 1 tan tercampak ke bawah manakala tiga patung lagi terputus kepalanya. Lantai marmar di sekelilingnya turut retak sepanjang 0.6 meter.Unit Pemusnah Bom Polis menemui 2 butir bom lagi di tempat kejadian yang belum meletup.
❤️5 September 1975, Perdana Menteri Ketika itu, Tun Abdul Razak mengarahkan diadakan kutipan derma untuk menampung perbelanjaan membaiki Tugu Peringatan Negara dan berjaya disiapkan pada 11 April 1977 oleh Christopher B. Carney, Pensyarah Fakulti Seni Lukis & Seni Reka ITM
❤️Terdapat tulisan yang cukup bermakna di Tugu Negara ini, yang berbunyi 'Demi memperingati wira-wira yang menjaga keamanan dan kebebasan. Semoga mereka dirahmati Allah.
Sumber : Arkib Negara, Utusan Malaysia, Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 KSSM m/s 125
Kredit to: FB GPM
No comments:
Post a Comment