Apa yang menariknya di PSS SMKS ini adalah :
1) Pelajar dapat melayari internet secara percuma
2) Pelajar dapat bermain permainan tradisional secara percuma
3) Pelajar dapat menjamu selera sambil membaca buku
4) Ruang Karel untuk pelajar belajar secara individu
5) Ruang Santai untuk pelajar belajar secara santai
6) Ruang berkumpulan untuk pelajar belajar secara berkumpulan
7) Sudut NOW SHOWING untuk pelajar dan guru menjalankan aktiviti yang dapat mencungkil bakat semasa PdP dilaksanakan
8) Bilik BBM untuk kemudahan pinjaman bahan bantu mengajar untuk guru dan pelajar
9) Bilik Relia untuk memudahkan pelajar mengenali alatan digital pada zaman dahulu dan sekarang
10) Bilik Media yang dalam perancangan diubahsuai, yang mana banyak digunakan guru-guru untuk melaksanakan PdP
PSS SMKS adalah berhawa dingin untuk memberi keselesaan kepada pelajar khususnya dalam menimba ilmu di sekolah.
sudut permainan dalaman
pelajar melayari internet secara percuma untuk mencari bahan kerja kursus
Sudut santai dan permainan
Ruangan santai
BOOK CAFE SMKS yang beroperasi semasa Rehat 1 dan Rehat 2
Ruangan BOOK CAFE di mana pelajar boleh membaca
buku novel,majalah atau mengulang kaji soalan-soalan tahun lepas
Ruang berkumpulan
Ruang pembacaan
Ruang NOW SHOWING dan sudut peta serta pameran hasil karya pelajar
Kaunter Sirkulasi untuk urusan pinjmaan dan pemulangan buku
Semoga dengan usaha dan kerjasama yang berterusan daripada semua warga sekolah dan warga ibu bapa, dapatlah memperkembangkan lagi pusat mencari ilmu ini dalam mendidik anak-anak sekolah SMK Segambut.
SMKS CEMERLANG,PSS TERBILANG!
No comments:
Post a Comment