Monday, 6 March 2017

BOOK CAFE PSS SMK SEGAMBUT


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA..

Pada Tahun 2017, Pusat Sumber SMK Segambut telah berjaya menubuhkan sebuah PSS berkonsepkan 'Cyber Cafe' sekolah di mana para pelajar dapat bersantai menjamu selera di samping membaca dan membuat perbincangan ulangkaji bersama-sama.

Book Cafe ini ditubuhkan bertujuan:

i.     Menarik minat lebih ramai pengunjung ke PSS untuk menggunakan  kemudahan yang ada
ii. Menyediakan kemudahan ICT untuk pengunjung.
iii.  Melatih pengawas PSS tentang konsep keusahawanan dan asas perniagaan.
iv.    Menambah dana PSS melalui jualan makanan.


Antara aktiviti di Book CafĂ© adalah :

a.  Menjual pelbagai makanan ringkas seperti kerepek, aneka roti, kek serta air minuman (air kotak dan air mineral ) semasa waktu rehat 1 dan 2 serta waktu selepas tamatnya persekolahan. 

b.      Perkhidmatan ICT seperti kemudahan komputer, internet serta servis cetakan dan servis laminate dengan caj yang berpatutan. 

c. Aktiviti permainan dalaman seperti catur, sahibba,congkak,dam 1 Malaysia dan scrabble untuk pelajar bersantai di samping menjana IQ pelajar.


Bagi menyahut seruan kerajaan iaitu membina tabiat membaca dan budaya membaca dalam kalangan rakyat, Kempen Pinjaman Buku PSS telah dilaksanakan serentak dengan Book Cafe. Kempen ini adalah bertujuan meningkatkan peminjaman buku di Pusat Sumber serta memupuk budaya membaca dan meningkatkan NILAM pelajar. 


Antara aktiviti dan langkah  yang telah dijalankan oleh pihak PSS dalam Kempen Pinjaman Buku ialah :

a.    Pelajar  diberi satu kad kempen pinjaman. Pelajar perlu mengumpulkan   8 bilangan cop dari PSS untuk setiap kali pinjaman buku ( sekali pinjaman = satu cop PSS).  8 bilangan cop akan diberi ganjaran berupa makanan secara percuma di Book CafĂ©.Pelajar boleh memilih apa-apa sahaja makanan atau minuman di Book Cafe secara percuma apabila berjaya meminjam 8 kali(melengkapkan 8 cop).

b.      Blue Ribbon Award pula ialah satu anugerah sijil peminjam buku terbanyak bulanan yang akan disampaikan kepada pelajar semasa perhimpunan sekolah.  Nama pelajar juga akan dipaparkan di papan kenyataan samada di PSS atau di sekitar kawasan sekolah. 


Keadaan semasa di Book Cafe selepas waktu persekolahan





No comments:

Post a Comment