Wednesday 6 September 2017

PUSAT SUMBER BERUBAH WAJAH

PUSAT SUMBER SMK SEGAMBUT  telah berubah wajah pada tahun ini sekali lagi demi memberikan kemudahan dan keselesaan  kepada para pelajar di SMK Segambut.

Apa yang menariknya di PSS SMKS ini adalah :

1) Pelajar dapat melayari internet secara percuma
2) Pelajar dapat bermain permainan tradisional secara percuma
3) Pelajar dapat menjamu selera sambil membaca buku
4) Ruang Karel untuk pelajar belajar secara individu
5) Ruang Santai untuk pelajar belajar secara santai
6) Ruang berkumpulan untuk pelajar belajar secara berkumpulan
7) Sudut NOW SHOWING untuk pelajar dan guru menjalankan aktiviti yang dapat mencungkil bakat semasa PdP dilaksanakan
8) Bilik BBM untuk kemudahan pinjaman bahan bantu mengajar untuk guru dan pelajar
9) Bilik Relia untuk memudahkan pelajar mengenali alatan digital pada zaman dahulu dan sekarang
10) Bilik Media yang dalam perancangan diubahsuai, yang mana banyak digunakan guru-guru untuk melaksanakan PdP

PSS SMKS adalah berhawa dingin untuk memberi keselesaan kepada pelajar khususnya dalam menimba ilmu di sekolah.

sudut permainan dalaman

 pelajar melayari internet secara percuma untuk mencari bahan kerja kursus

Sudut santai dan permainan 

Ruangan santai

BOOK CAFE SMKS yang beroperasi semasa Rehat 1 dan Rehat 2

Ruangan BOOK CAFE di mana pelajar boleh membaca 
buku novel,majalah  atau mengulang kaji soalan-soalan  tahun lepas

Ruang berkumpulan

Ruang pembacaan 

Ruang NOW SHOWING dan sudut peta serta pameran hasil karya pelajar


Kaunter Sirkulasi untuk urusan pinjmaan dan pemulangan buku



Semoga dengan usaha dan kerjasama yang berterusan daripada semua warga sekolah dan warga ibu bapa, dapatlah memperkembangkan lagi pusat mencari ilmu ini dalam mendidik anak-anak sekolah SMK Segambut.

SMKS CEMERLANG,PSS TERBILANG!


No comments:

Post a Comment