Monday 24 April 2017

Program KM1M

Kem Membaca 1Malaysia 2017 merupakan salah satu program aktiviti tahunan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid.Program Kem Membaca 1 Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 2009 sehingga kini. Semua sekolah diarahkan untuk mengambil bahagian dalam melaksanakan program ini.KM1M Tahun 2017 akan dilaksanakan bermula dari 4-6  April 2017.


 MATLAMAT
              Membaca menjana Pemikiran 1Malaysia

TARIKH / TEMPAT
            -Tarikh pelancaran Program : 3 April 2017
            - Tarikh pelaksanaan aktiviti : 4 – 6 April 2017 / Dataran Q dan Pusat Sumber

              SASARAN
              Semua pelajar SMK Segambut

              OBJEKTIF     
              5.1. Menggerakkan program galakan membaca.
              5.2. Mencungkil kreativiti murid mewarna
              5.3. Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan     

                     kemahiran mencari maklumat dalam kalangan  murid..

J                  JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM
            ·      4  April 2017- 15  Minit bersama buku (aktiviti ini diadakan sepanjang tahun)
            ·      5 April 2017 – Pertandingan Seni Visual – mewarna lakaran ‘Membaca Menjana
                         Pemikiran 1Malaysia’.
            ·      6 April 2017 – Projek Akhbar dalam Tingkatan (ADT)


Aktiviti 15 Minit Bersama Buku





Pertandingan Seni Visual






Projek Akhbar Dalam Tingkatan (ADT)





Penyampaian Hadiah Kepada Para Pemenang