Thursday 28 July 2016

KARNIVAL PUSAT SUMBER SMKS 2016

HARI KARNIVAL PUSAT SUMBER SEKOLAH 2016

  • Tarikh: 26 Mei 2016
  • Hari : Khamis
  •  Lokasi: Dewan Harmoni SMKS


 Matlamat Program ini adalah untuk :
(i) Mengumpul dana untuk membaiki kemudahan yang terdapat di pusat sumber sekolah.
(ii)Menyemai semangat bekerjasama sesama pelajar dan guru.

Objektif Program ini pula adalah bertujuan :
(i)Memupuk minat berniaga dalam kalangan para pelajar
(ii) Membantu setiap sekolah untuk mendapat dana untuk mengerakkan aktiviti
(iii)Memupuk semangat kerjasama di kalangan pelajar
(vi) Memupuk pemikiran yang kreatif dalam kalangan pelajar
















Secara keseluruhannya, program ini dapat mencapai objektif serta dapat dijakan dengan gilang-gemilangnya, hasil sokongan warga SMK Segambut.

TERIMA KASIH & TAHNIAH SERTA SYABAS DIUCAPKAN!!

Wednesday 27 July 2016

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERPUSTAKAAN KUALA LUMPUR TAHUN 2015

 LAWATAN KE PERPUSATAKAAN KUALA LUMPUR 2015



Pada 4 November 2015 yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Kuala Lumpur. 
Lawatan ini disertai oleh 40 orang pengawas pusat sumber dan dua orang guru pengiring .

Kami tiba ke destinasi tersebut pada pukul 9.00 pagi. Ketibaan kami  disambut oleh salah seorang daripada ahli Perpustakaan Kuala Lumpur iaitu Encik Faizal .Kami diberi penerangan ringkas sebelum dibawa melawat ke kawasan sekitar Perpustakaan  Kuala Lumpur mempunyai di mana ianya mempunyai dua tingkat dan tiga aras diletakkan pelbagai buku yang  berlainan jenis .

Selain itu, setelah selesai melawat  di semua tempat ,kami dibawa ke Dewan untuk diberikan penerangan lebih lanjut oleh Encik Syafiq Ridzuan Bin Abdul  Hamid  selaku pustakawan.
Apabila selesai penerangan yang diberikan oleh Encik Syafiq, soalan kuiz diajukan kepada semua pengawas Pusat Sumber.  Apabila sudah selesai,kami  turun ke dewan makan untuk menjamu selera.

Lawatan ke Perpustakaan Kuala Lumpur ini tamat pada  4 November  2015 kira-kira pukul  1.00 petang. Program ini banyak memberikan manfaat kepada para pengawas.Mereka lebih menyedari peranan dan tanggungjawab mereka selain mengetahui tatacara semasa menjalankan tugas sebagai pengawas Pusat Sumber di sekolah.


Setibanya di Perpustakaan KL